North Nafi Gelaran Intel Grand Slam Ketiga Astralis – Juarai DreamHack Masters Stockholm 2018

Hasrat Astralis untuk memperoleh kemenangan acara Intel Grand Slam ketiga mereka berakhir dengan kegagalan apabila pasukan itu tewas di pentas akhir kejohanan DreamHack Masters Stockholm 2018.

Di perlawanan akhir tersebut, pasukan North memenangi peta pertama iaitu Dust II dengan persembahan cemerlang yang berakhir dengan keputusan 16-1. Namun Astralis bangkit di peta kedua, Train menewaskan North 16-6.

Baca Juga :   Friberg Meninggalkan Ninjas in Pyjamas

Di peta terakhir, Overpass perlawanan berlangsung dengan lebih sengit namun akhirnya kejayaan menjadi milik pasukan North. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 16-11 menjadikan hadiah $100,000 menjadi milik pasukan North. Ini juga merupakan helaran Intel Grand Slam pertama pasukan itu pada musim ini.

Leave a Comment

%d bloggers like this: