PUBG Mobile Star Challenge Tawar Hadiah Sebesar USD600,000 Dengan Fokus Kepada Penstrim Video

Rekod hadiah terbesar bagi kejohanan e-sukan permainan mudah-alih sekali lagi dipecahkan kali ini oleh permainan PUBG Mobile. Lewat malam semalam, PUBG Mobile telah mengumumkan kejohanan PUBG Mobile Star Challenge dengan hadiah keseluruhan berjumlah USD600,000.

Jumlah tersebut mengatasi hadiah keseluruhan yang ditawarkan oleh Piala Dunia Arena of Valor iaitu USD550,000 pada bulan Julai lalu. Namun begitu, kejohanan ini menawarkan sedikit kelainan kerana ia mengikut resepi popular terkini iaitu kejohanan dengan fokus kepada penstrim video.

Penstrim video merupakan faktor utama kepopularan permainan Fortnite dan PUBG di pc. Beberapa kejohanan telah dianjurkan dengan fokus kepada penstrim video dan selebriti seperti Friday Fortnite, Twitch Rivals dan Squad Showdown.

Baca Juga :   Tencent Bekerjasama Dengan LiveMe Sempena Pelancaran Aplikasi Penstriman Permainan Mudah Alih Fluxr

Bagi menyertai PUBG Mobile Star Challenge, ketua pasukan diwajibkan mempunyai 1000 orang peminat di laman penstriman. Selain daripada hadiah wang tunai, pemenang juga akan dijadikan sebagai penstrim rasmi bagi PUBG Mobile di rantau mereka mahupun secara global.

Pusingan kelayakan akan diadakan di 6 rantau utama iaitu Asia, Korea/Jepun, Amerika  Utara, Amerika Selatan, Eropah dan China. Jika anda merupakan penstrim yang popular, pendaftaran dibuka bermula sekarang sehingga 8 September ini.

Layari : PUBG Mobile Esports

Leave a Comment

%d bloggers like this: