Pelbagai Perkara Baharu Tentang Artifact Kini Diketahui Di Acara PAX West

Pelbagai Perkara Baharu Tentang Artifact Kini Diketahui Di Acara PAX West

Acara PAX West sedang berlangsung di Seattle dan salah satu permainan yang menjadi tarikan utama adalah permainan terbaru daripada Valve iaitu Artifact. Disini, buat pertama kalinya, permainan itu boleh dimainkan umum sebelum peringkat ujian dimulakan kelak.

Pelbagai media antarabangsa telah melakukan liputan di acara ini dan menerusinya pelbagai maklumat terkini telah dipertontonkan. Antara kad kad hero baharu yang kini diketahui umum adalah Mazzie, Rix, Prellex, Riley the Cunning, Keefe the Bold, J’muy the Wise, Sorla Khan dan Fahrvhan the Dreamer.

Sebanyak 4 dek kad dipertontonkan dimana setiap satu daripadanya mengandungi 5 hero, 13 kad dan 4 item. Berikut adalah nama setiap dek dan warna mereka:

  • Dek 1 – Aggro (Hitam/Biru)
  • Dek 2 – Econ Ramp (Hijau/Hitam)
  • Dek 3 – Control (Biru/Merah)
  • Dek 4 – Armored Cleave (Merah/Hijau)

Bagi anda yang berminat, senarai isi kandungan dek ini boleh dilihat di laman web Artifactbuff. Setiap warna kad ini juga didedahkan dimiliki oleh ‘rumah’ tertentu iaitu:

Baca Juga :   Valve Umum Artifact - Permainan Kad Digital Berasaskan Dota 2

Dan terakhir sekali, bagi anda yang mahu menonton cara permainan ini dimainkan, pihak IGN telah memuat-naik sesi permainan ujian mereka dan anda boleh melihat sendiri bagaimana permainan kad berasakan Dota 2 ini dimainkan.

Para pengunjung acara Pax West ini disamping pengunjung kejohanan The International 2018 juga akan diberikan akses kepada ujian tertutp yang akan diadakan bermula pada bulan Oktober kelak. Direka oleh Richard Garfield yang terkenal dengan permainan Magic The Gathering, permainan Artifact akan dilancarkan bagi tiga buah platform  secara serentak iaitu Windows, Mac dan Linux pada 28 November kelak. Bagi versi Android dan iOS pula, sepertimana yang diumumkan sebelum ini, ia hanya akan tiba pada tahun 2019 kelak. Artifact akan dijual pada harga USD20 (~RM81.30) dan akan hadir dengan 280 buah kad dan 44 watak hero.

Sumber : Reddit (r/artifact) – Artifactbuff – BTSArtifact – IGN

Leave a Comment

%d bloggers like this: