PUBG MY/SG Championship Dari Geek Events Akan Berlangsung Pada Bulan Oktober Ini

Semasa pelancaran Geek Events dilakukan tempoh hari, mereka turut sama telah mengacah penganjuran sebuah kejohanan PlayerUnknown’s Battlegrounds.

Maklumat lanjut mengenai kejohanan itu kini telah didedahkan menerusi sebuah lagi video acah yang dimuat-naik ke laman Facebook Geek Events. Kejohanan itu akan berlangsung pada bulan Oktober ini pada tarikh 13 dan 14 haribulan.

Bagi pusingan kelayakan pula, pusingan pertama akan berlangsung pada 15 sehingga 16 September ini. Sebanyak 4 pusingan kelayakan akan diadakan dimana tarikh bagi 3 lagi pusingan kelayakan akan diumumkan pada masa terdekat kelak.

Baca Juga :   Evermore Juarai Kategori Solo Kejohanan PUBG Gamescom Invitational 2017

Menerusi video acah tersebut, kejohanan ini digelar sebagai PUBG MY/SG Championship. Ini memperlihatkan pasukan dari Singapura akan turut sama boleh turut serta bertanding di dalam kejohanan ini.

Leave a Comment