CSGO Valve

Valve Umum CS:GO Free – Versi Percuma Untuk Permainan Luar-Talian Dan Tontonan GOTV

3 tahun lalu

Valve Umum CS:GO Free – Versi Percuma Untuk Permainan Luar-Talian Dan Tontonan GOTV

Hari ini pada kemaskini klien terkini permainan Counter-Strike: Global Offensive, Valve telah mengumumkan CS:GO – Free, versi khas permainan itu untuk permainan di luar-talian dan bagi kegunaan GOTV.

Versi ini boleh dimuat-turun secara percuma bermula pada lewat hari ini di laman dan klien Steam. Sebagai salah sebuah permainan e-sukan paling popular di dunia, pengenalan versi percuma ini sudah pasti dapat menarik lebih ramai orang untuk mencuba permainan ini sebelum membeli versi penuhnya.

Valve dilihat fokus mahu menarik lebih ramai pemain untuk memainkan permainan ini dengan pelbagai kemaskini sejak kebelakangan ini. Versi penuh CSGO dengan kebolehan bermain di dalam-talian pula boleh didapati pada harga RM32.00.

Layari : CSGO di Steam