Juara Bertahan, Virtus Pro Adalah Pasukan Pertama Dijemput Ke Kejohanan ESL One Hamburg 2018

Kejohanan Dota 2 pertama selepas tamatnya musim kompetitif 2017/2018, ESL One Hamburg hari ini telah berkongsikan pasukan pertama menerima jemptan terus ke kejohanan itu iaitu juara bertahan, Virtus Pro.

Virtus Pro menewaskan pasukan Secret pada edisi tahun lalu yang berlangsung pada bulan Oktober 2017. Mereka kini akan mempertahankan gelaran itu pada kejohanan yang akan bermula pada 24 Oktober ini. Walaupun ESL One Hamburg 2018 merupakan kejohanan pertama selepas TI8, ia tidak termasuk di dalam musim kompetitif Dota 2 Pro Circuit 2018/2019.

Kejohanan ini adalah sepenuhnya anjuran pihak ketiga dan tidak menawarkan sebarang mata kelayakan Dota 2 Pro Circuit. Ia akan melibatkan 12 pasukan merebut hadiah sebesar USD300,000. Ia juga akan dilihat sebagai pentas pertama bagi pasukan melihat keserasian mereka selepas melakukan pertukaran pemain pasca musim 2017/2018.

Baca Juga :   ESL One Hamburg Umum Pasukan Jemputan Kedua - Evil Geniuses

The defending #ESLOne champs return!@virtuspro are heading to ESL One Hamburg 2018 as the first directly invited team – can they continue their dominating streak?https://t.co/8xiVP5mVAR pic.twitter.com/6Nrc75vD4r

— ESL Dota2 (@ESLDota2) August 30, 2018

Leave a Comment

%d bloggers like this: