Esukan

EA Sumbang USD 1 Juta Kepada Keluarga Mangsa Kes Tembakan Di Jacksonville

2 tahun lalu

EA Sumbang USD 1 Juta Kepada Keluarga Mangsa Kes Tembakan Di Jacksonville

Pembangun kepada permainan Madden NFL, Electronic Arts menerusi laman Twitter mereka telah mengumumkan bahawa mereka akan menderma sebanyak USD 1 juta kepada keluarga mangsa kes tembakan di Jacksonville, Florida tempoh hari.

Kejadian tembakan itu menyebabkan dua orang peserta, Eli “TrueBoy” Clayton dan Taylor “SpotMePlzzz” Robertson maut di lokasi kejadian. EA juga telah menyediakan sebuah tabung khas bagi membolehkan komuniti turut sama menyumbang kepada keluarga mangsa.

EA menjadualkan sebuah strim khas pada 6 September ini (waktu tempatan) sebagai tanda penghormatan kepada mangsa. Perincian lanjt mengenai acara strim khas ini akan dikongsikan dalam masa terdekat.

pic.twitter.com/WL9dP62AtB

— Electronic Arts (@EA) August 30, 2018

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments