E-sukan Memperoleh Keuntungan Mencecah RM 7 Bilion, Olimpik E-sukan Tersendiri – Ramal Newzoo Bagi Tahun 2021

Firma penyelidikan data Newzoo hari ini telah berkongsikan ramalan mereka bagi sisi perniagaan industri e-sukan untuk tahun 2021. Newzoo sdah sedia terkenal dengan ketepatan ramalan mereka sebelum ini yang dibuat menerusi penyelidikan data data yang telah dilakukan mereka.

Antara ramalan mereka bagi sisi perniagaan e-sukan untuk tahun 2021 adalah penyertaan kesemua syarikat konglomerat di Amerika terhadap hak media bagi sukan digital. Pada ketika ini, beberapa pihak seperti Disney, Comcast dan AT&T telah pun menceburkan diri ke dalam industri e-sukan.

Newzoo meramalkan bahawa akan lebih banyak syarikat menyertai insudtri e-sukan terutamanya bagi hak penyiaran seperti yang telah dilakukan oleh Disney dan ESPN. Hak penyiaran ini bukan sahaja meliputi media tradisional seperti televisyen namun juga di servis penstriman tersendiri syarikat syarikat tersebut.

Ramalan kedua Newzoo pula mencadangkan bahawa e-sukan akan memainkan peranan penting dalam membawa industri permainan ke tahap yang lebih tinggi lagi. Mereka meramalkan industri permainan memperoleh keuntungan mencecah USD 180.1 billion (~RM740 billion) manakala e-sukan pula mencapai nilai USD 1.7 billion (~RM 7 billion).

Walaupun e-sukan sudah mulai menarik perhatian Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), penambahan e-sukan sebagai acara rasmi masih lagi jauh dari kenyataan dan selari dengan ini, Newzoo meramalkan bahawa pada tahun 2021 kelak, e-sukan masih tidak dimasukkan ke dalam Olimpik namun mempunyai acara Olimpik tersendiri bagi e-sukan.

Dengan perkembangan e-sukan yang menjadi industri paling pantas membangun, Newzoo turut berpendapat bahawa terma e-sukan akan semkin kurang digunakan pada masa akan datang. Industri ini akan berdiri sama rata dengan sukan tradisional dan permainan e-sukan akan dikenali dengan nama mereka sendiri (seperti Kejohanan League of Legends) berbanding dengan panggilan terma e-sukan (Kejohanan e-sukan League of Legends).

Baca Juga :   Fortnite Akan Memberikan ~RM400 Juta Sebagai Hadiah Kejohanan E-sukan Mereka Untuk Musim 2018/2019

Dari segi keuntungan pula, Newzoo meramalkan bahawa e-sukan akan mengatasi permainan Ragbi dan mampu mencapai keuntungan USD 10 juta (~RM40 juta) bagi sesebuah pasukan ternama di dalam industri. Dalam masa yang sama, pemain bagi e-sukan mudah alih juga dijangka mampu menjadi jutawan dengan hanya memenangi satu kejohanan sahaja.

Di dalam laporan yang sama juga, Newzoo turut berkongsikan hasil ramalan mereka tiga tahun lalu. Antara ramalan mereka pada ketika itu adalah :

Keuntungan e-sukan global mencapai USD465 menjelang tahun 2017.

– Benar. Data yang dikumpl oleh Newzoo memperlihatkan keuntngan global e-skan pada tahun 2017 telah mencapai nilai USD 655 Juta, jauh mengatasi ramalan mereka.

Pada tahun 2018, keuntungan e-sukan akan mengatasi WWE.

– Benar. WWE dijangka memperoleh keuntungan USD 881 juta pada akhir tahun 2018. E-sukan pula dijangka memperoleh keuntungan mencapai USD 905 juta sepanjang tahun ini.

Hak kandungan menjadi fokus utama pengedar.

– Benar. Hak media pada ketika ini merupakan topik hangat dengan Blizzard dan Riot telah memeterai perjanjian terbesar. Twitch juga dilaporkan telah membayar USD 45 juta bagi hak siaran Liga Overwatch.

Sumber : Newzoo

Leave a Comment

%d bloggers like this: