Artifaction – Projek Khas Oleh Beberapa Personaliti Dota 2 Bagi Permainan Artifact

Artifaction – Projek Khas Oleh Beberapa Personaliti Dota 2 Bagi Permainan Artifact

Bersempena dengan pameran umum rasmi permainan Artifact di acara PAX West esok, beberapa personaliti terkemuka Dota 2 telah mengumumkan bahawa mereka telah bekerjasama mewujudkan sebuah laman web komuniti khas bagi permainan Artifact.

Diberi nama sebagai Artifaction, projek ini disertai oleh SirActionSlack, Cyborgmatt, Sunsfan, Bukka dan Noxville. Laman web ini akan menyertakan beberapa fungsi seperti galeri kad, perkongsian dan pembina dek, video panduan dan tutorial, pembantu draf dek, statistik dan sejarah perlawanan dan akhir sekali, kejohanan untuk komuniti.

Baca Juga :   Kenali Artifact – Bahagian 3 : Kad

Pasukan diseabalik laman web ini juga akan bersiaran secara langsung dari acara PAX West bagi memperlihatkan pandang pertama bagi permainan Artifact. Ia akan disiarkan di laman Twitch rasmi Artifaction iaitu twitch.tv/artifactiongg.

Leave a Comment

%d bloggers like this: