Resolut1on Dedah Pasukan Baharu – Dibarisi YawaR, Universe, MSS, SVG dan Aui_2000

Musim kompetitif Dota 2 Pro Circuit akan bermula pada 18 September ini dengan pusingan kelayakan bagi kejohanan Major pertama. Sejak dari tamatnya kejohanan The International 2018 lalu, pelbagai khabar angin hadir berkaitan dengan perpindahan pemain.

Kini, Roman “Resolut1on” Fominok telah mendedahkan barisan pemain bagi pasukan baharu beliau bagi menghadapi musim akan datang ini. Mengekalkan hampir kesemua pemain asal pasukan VGJ.Storm beliau di TI8, ia dibarisi oleh:

  • Yawar “YawaR” Hassan
  • Roman “Resolut1on” Fominok
  • Saahil “Universe” Arora
  • Arif “MSS” Anwar
  • Avery “SVG” Silverman
  • Kurtis “Aui_2000” Ling (Jurulatih)

Perubahan ini memperlihatkan Jingjun “Sneyking” Wu digantikan oleh Universe yang sebelum ini bermain bagi pasukan Fnatic. Dalam masa yang sama, jurulatih bagi pasukan Fnatic, Aui_2000 turut sama berpindah kedalam pasukan ini. Jack “KBBQ” Chen juga akan kekal bersama pasukan baharu ini sebagai pengurus.

Baca Juga :   The Kuala Lumpur Major - Kejohanan Major DPC Pertama 2018/2019 Diumumkan Akan Berlangsung Pada Bulan November Ini

Walaupun hampir kesemua mereka bermain bagi pasukan VGJ.Storm sebelum ini, pasukan baharu ini tidak akan bermain di bawah organisasi itu pada musim akan datang. Buat masa ini, mereka masih tidak mempunyai organisasi dan masih di dalam perbincangan.

Just kidding guys, our roster for an upcoming season will be:
1.@Resolut1on_
2.@YawaR_YS
3.@UniverseDota
4.@MSSDota
5.(c)@SVGDota
Haven’t decided on the org yet tho

— Resolut1on (@Resolut1on_) August 29, 2018

Sumber Gambar : Wykrhm

Leave a Comment

%d bloggers like this: