Riot Games

Pengulas Siaran Bahasa Inggeris Tidak Akan Berada Di Lokasi Worlds 2018 Kecuali Untuk Perlawanan Akhir

3 tahun lalu

Pengulas Siaran Bahasa Inggeris Tidak Akan Berada Di Lokasi Worlds 2018 Kecuali Untuk Perlawanan Akhir

Pembangun di sebalik permainan popular League of Legends, Riot Games sekali lagi dilanda kontroversi apabila dikhabarkan tidak akan menghantar staff siaran bahasa Inggeris bagi membuat liputan kejohanan Worlds Championship sehingga bermulanya peringkat akhir.

Staff siaran termasuk pengulas akan melakukan liputan dari Los Angeles, Amerika Syarikat dan hanya akan diterbangkan ke Korea untuk perlawanan akhir. Menurut laporan, keputusan ini diambil akibat daripada pemotongan bajet. Riot berkata bahawa mereka telah membelanjakan lebih USD 100 juta pada tahun ini bagi sisi e-sukan permainan mereka.

Oleh yang demikian, mereka mengambil keputusan untuk menurunkan bajet mereka pada tahun ini bagi penganjuran kejohanan Worlds 2018. Ini menyebabkan kritikan ramai pihak terutamanya para pemain dan peminat permainan itu. 

Kontroversi misogini dan seksisme baru baru ini juga tidak membantu para peminat menerima alasan Riot ini. Ramai membandingkan hal ini dengan penganjuran kejohanan The International 2018 oleh Valve yang baru sahaja berakhir. Peminat League of Legends berasa kecewa dengan keputusan Riot kerana penganjuran The International 2018 pada tahun menerima pujian ramai namun Riot pula dilihat tidak mementingkan kejohanan terbesar bagi permainan mereka.