Organisasi E-sukan Envy, Nyata Hasrat Untuk Tubuh Pasukan Dota 2

Kehangatan The International 2018 masih terasa dan edisi tahun ini boleh dikatakan antara yang terbaik pernah dianjurkan. Para peminat termasuk bagi mereka yang tidak pernah bermain permainan Dota 2 memuji bagaimana penganjuran acara kali ini dilakukan.

Ini menyebabkan ramai pihak tertarik dengan permainan Dota 2 termasuklah Mike Rufail, pemilik kepada organisasi e-sukan Envy (EnvyUs). Menerusi sebuah tweet yang dimuatnaik, beliau menyatakan bahawa organisasi itu betul betul mempertimbangkan untuk mewujudkan pasukan Dota 2 tersendiri mereka.

The DotA community is not messing around here. Seems like you guys are really wanting to see more of your players find good homes. Thanks for the love. I hope we can help. Working on it from our end.

— Mike Rufail (@hastr0) August 29, 2018

Mike turut menyatakan bahawa beliau terbuka untuk berbincang dengan mana mana pemain yang berminat untuk bermain di bawah organisasi itu. Envy merpakan organisasi e-sukan berpengkalan di Dallas Texas yang telah wjud sejak dari tahun 2007 lagi. Mereka pada ketika ini mempunyai pasukan bagi permainan Call of Duty, Fortnite, PUBG, Paladins dan merupakan pemilik bagi pasukan Dallas Fuel di Liga Overwatch.

Baca Juga :   IceIceIce Kembali Sertai Vici Gaming?

Komuniti Dota 2 dilihat menerima baik hasrat Envy ini dan menghujani Mike dengan pelbagai nama pemain profesional untuk ditinjau. Perubahan kepada Dota 2 Pro Circuit untuk musim akan datang juga diihat mampu menarik minat lebih ramai oragnisasi lagi untuk melabur di dalam permainan Dota 2.

Wouldn't mind giving you some advice and helping you find a solid team. Just moved to Dallas if you want to meet in person!

— Peter Dager (@Peterpandam) August 29, 2018

Leave a Comment