Liga Overwatch Overwatch

Pemain Dallas Fuel, Mickie Adalah Penerima Sulung Anugerah Dennis Hawelka

2 tahun lalu

Pemain Dallas Fuel, Mickie Adalah Penerima Sulung Anugerah Dennis Hawelka

Pada bulan November tahun lalu, Blizzard telah memperkenalkan anugerah Dennis Hawelka, sebuah anugerah khas untuk Liga Overwatch yang akan diberikan kepada pemain yang paling banyak memberikan impak positif kepada komuniti Overwatch.

Ia diperkenalkan selepas kematian Dennis “INTERNETHULK” Hawelka yang terkenal dengan jasanya membangunkan komuniti dan arena kompetitif Overwatch dan membantu pemain pemain baharu permainan tersebut dalam usaha mereka menjadi pemain profesional.

Kini, selepas berakhirnya musim sulung Liga Overwatch, pemenang bagi anugerah tersebut telah dipilih iaitu Pongphop “Mickie” Rattanasangchod. Mickie merupakan pemain berasal dari Thailand yang bermain untuk pasukan Dallas Fuel.

Terkenal dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari wajahnya, Mickie merupakan pemain yang penuh dengan sifat positif dan daya tarikan. Dallas Fuel sendiri menamakan Mickie sebagai pemain paling gembira di dalam Liga Overwatch.

Sumber : Liga Overwatch

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments