MLBB Profesional League MY/SG S2 – Minggu Ketiga: AirAsia Saiyan Dan Icon Kekal Rekod Tanpa Kalah

Bagi minggu ketiga MLBB Profesional League MY/SG Musim ke-2, tidak banyak perubahan terjadi di papan pendahulu liga. Dua pasukan yang berada di puncak, Airasia Saiyan dan Icon mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dan kekal teguh menewaskan lawan masing masing.

Sementara itu, pasukan We Own World dan Bigetron SG pula masih  lagi gagal mencari kemenangan pertama mereka. Mereka tewas kepada lawan masing masing dan akan kekal berada di tangga tercorot liga. Bagi pasukan di kedudukan pertengahan liga pula, kebanyakkan mereka masih sedang mencari peluang untuk memisahkan diri dari rakan lainnya.

Baca Juga :   AirAsia Saiyan Tarik Diri Dari Kejohanan Mobile Legends SEA Championship Sebagai Tanda Protes Terhadap Penganjur

Pasukan pasukan di pertengahan liga mempunyai jumlah kemenangan dan kekalahan yang boleh dikatakan hampir sama dan kesemua mereka mampu memintas rakan lain di kedudukan yang sama seandainya mampu memenangi baki perlawanan mereka dengan stabil.

Leave a Comment

%d bloggers like this: