Geek Fam Umum Ambilalih Pasukan Mobile Legends Mystic Burden dan ICON

Organisasi e-sukan tempatan, Geek Fam hari ini telah mengumumkan penubuhan divisyen Mobile Legends dan pengambil alihan dua pasukan untuk bermain di bawah nama mereka.

Dua pasukan tersebut adalah pasukan Icon dan Mystic Burden. Acara pelancaran rasmi divisyen ini dan persidangan media akan diadakan pada 2 September ini bertempat di Geek Arena, Kuala Lumpur. Selain daripada sidang media, acara tersebut akan turut menyertakan sesi perlawanan pertunjukan khas oleh kedua dua pasukan dan sesi bertemu peminat.

Kedua dua pasukan akan bertukar nama kepada Geek Fam ICON dan Geek Fam Mystic Burden selepas ini. Kedua dua pasukan bukanlah asing lagi di arena kompetitif MLBB tempatan dan pada ketika ini aktif bertanding di musim kedua MLBB Profesional League MY/SG.

Berikut merupakan senarai pemain bagi kedua dua pasukan:

Baca Juga :   LCM Hukum FG.Eyebrows & GF.Shiny Akibat Kelakuan Buruk Semasa Bermain

Geek Fam ICON

  • Muhd Hilman Aufa “ComeToPapa” Bin Zulfahrizal
  • Mohd Amir Afdhal “Syno” Bin Ruzlan
  • Edmond “Error” Yue
  • Muhd Faiz “King KEtom” Hanifiah
  • Muhd Ilham Idraki “Zhen” Bin Esa

Geek Fam Mystic Burden

  • Ajwad “Kuja” Bin Mohd Yusof
  • Mohd Haqqani “2ez4jepv” Bin Jaffar
  • Mohd Zul Hisham “Xorn” Bin Mohd Noor
  • Shahril Anuar “Nenas” Bin Abdul Rashid
  • Nik Aqieff “Dominus” Bin Nik Muhd Muhyyiddin

Leave a Comment

%d bloggers like this: