[Kemaskini] Tiga Maut Selepas Kejadian Tembakan Di Pusingan Kelayakan Kejohanan Madden Championship Series

2 tahun lalu

[Kemaskini] Tiga Maut Selepas Kejadian Tembakan Di Pusingan Kelayakan Kejohanan Madden Championship Series

[Kemaskini 27/08/2018 – 12 pm] Pihak polis Jacksonville mengesahkan dua orang maut tidak termasuk penjenayah yang kemudiannya membunuh dirinya.

Mengejutkan dunia e-sukan hari ini adalah sebuah kejadian tembakan yang telah berlaku di pusingan kelayakan kejohanan Madden Championship Series di Jacksonville, Florida. 

Ketika permainan berlangsung, penjenayah didapati mula menembak menyebabkan 4 orang dilaporkan telah meninggal dunia dan beberapa yang lainnya cedera. Penjenayah itu kemudiannya dilaporkan telah membunuh dirinya tidak lama selepas itu.

According to @ImSteveyJ, the Jacksonville shooter was a competitor in the Madden tournament that lost, opened fire on multiple people after, and then killed himself. One person hit includes NBA 2K pro player @oLARRY2K. https://t.co/0eHARZV049

— Rod Breslau (@Slasher) August 26, 2018

Menurut beberapa sumber, pelaku adalah bekas peserta kejohanan tersebut yang telah tersingkir. Kejohanan tersebut yang disiarkan secara langsung di laman Twitch turut merakam saat saat akhir sebelum bermulanya tembakan dari penjenayah tersebut.

Menyebabkan topik hangat di laman Twitter, pelbagai organisasi dan personaliti e-sukan mengucapkan takziah kepada mangsa mangsa kejadian. Pada ketika ini, senarai mangsa yang maut masih belum didedahkan namun dua daripadanya dikatakan adalah Eli “TrueBoy” Clayton dan Taylor “SpotMePlzzz” Robertson.

Crying and in so much pain. Prayers to the families of Trueboy and Spotme. All over a videogame. Two of our brothers are gone man and its so disturbing. One of the most tragic days ive experienced. This community is like family. Broken.

— PROBLEM (@ProblemWright) August 26, 2018

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments