Shanghai Bakal Menjadi Tuan Rumah Bagi Kejohanan Dota 2 The International 2019

Selepas tujuh tahun diadakan di bumi Amerika Utara, kejohanan Dota 2 terulung, The International untuk pertama kalinya akan diadakan di Asia, bertempat di Mercedes Benz Arena, Shanghai, China.

Pengumuman lokasi baharu ini telah diadakan sebelum bermulanya perlawanan akhir pusingan kumpulan kalah di kejohanan The International 2018. Perubahan lokasi ini pastinya memberikan berita gembira kepada para peminat Dota 2 di Asia yang selama ini terpaksa mengorbankan waktu tidur mereka bagi menonton kejohanan ini.

Baca Juga :   Hari Kedua ESL One Birmingham - Tiga Lagi Pasukan Tersingkir

Tiada butiran lanjut didedahkan pada ketika ini namun seperti mana tahun tahun sebelumnya, ia dijangka bakal berlangsung pada penghujung bulan Ogos 2019 kelak.

Leave a Comment

%d bloggers like this: