Dota 2 Valve

Dota 2 Memperkenalkan Dua Hero Baharu – Satu Daripadanya Kini Boleh Dimainkan

2 tahun lalu

Dota 2 Memperkenalkan Dua Hero Baharu – Satu Daripadanya Kini Boleh Dimainkan

Seperti tahun lalu, Valve telah mengumumkan dua hero baharu untuk permainan Dota 2 di kejohanan The International yang sedang berlangsung di Rogers Arena, Kanada. Namun begitu, berbeza dengan edisi sebelumnya, salah sebuah hero tersebut kini boleh dimainkan terus kerana sudah ditambah masuk pada kemaskini terkini. 

Valve telah melancarkan, Grimstroke hero dengan berus menulis sebagai senjata utamanya manakala hero kedua, Mars bakal menyertai pertarungan di Dota 2 pada musim sejuk kelak. Tidak banyak perincian tentang Mars dipertontonkan melainkan sebuah gambar pahlawan dengan tombak pedang dan perisai. Grimstroke pula adalah hero jarak jauh dengan posisi sokongan.

Dibesarkan sebagai pelindung kepada bangsanya, Grimstroke mengorbankan kesemua mereka untuk kuasanya. Mereka kini hanya wujud sebagai dakwat kepada berus beliau. Berikut merupakan abiliti dan skill yang hadir bersamanya:

Stroke of Faith (Q)

  • Grimstroke melempar dakwatnya ke satu arah, mencederakan dan melambatkan pergerakan musuh. Kecederaan bertambah dengan setiap lemparan yang diterima.

Phantom’s Embrace (W)

  • Grimstroke mengarahkan sebuah roh untuk menempel kepada musuhnya, mencedera dan menghalang mereka daripada melakukan skill. Jika roh tersebut hidup sepanjang durasinya, ia akan melakukan kecederaan besar di akhir durasi dan menyegar masa aktif semula abiliti ini.

Ink Swell (E)

  • Grimstroke meliputi dirinya atau rakan dengan dakwat, memberikan bonus kelajuan pergerakan, kekebalan terhadap serangan namun tidak boleh melancarkan sebarang skill. Dakwat itu akan mencederakan musuh berhampiran sebelum meletup, memberi kecederaan dan memegun musuh di kawasan sekeliling dengan keluasan letupan bergantung kepada kecederaan yang dilakukan sebelum ia meletup.

Soulbind (R)

  • Grimstroke mengikat musuh dengan rakan terdekat mereka, menghalang mereka dari menjauhi sesama sendiri. Skill sasar-unit yang menyentuh salah satu daripada mereka akan memberi kesan kepada kedua dua mereka. Jika ikatan dimusnahkan sebelum durasinya berakhir, sasaran asal akan diikat kepada rakan terdekat semasa.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments