Penambahan E-sukan Sebagai Acara Rasmi Berpingat Di Sukan Asia 2022 Kini Tidak Lagi Pasti

Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang yang sedang berlangsung pada ketika ini telah menyertakan beberapa pertandingan e-sukan sebagai sukan demonstrasi. Antara permainan yang dipertandingkan adalah Arena of Valor, League of Legends, Pro Evolution Soccer (PES), Clash Royale, Hearthstone dan Starcraft.

Menurut pengumuman oleh Suruhanjaya Olimpik Antarabangsa pada tahun lalu, selepas ia dipertandingkan sebagai sukan demonstrasi pada tahun ini, acara Sukan Asia 2022 di Hangzhou akan menyertakan permainan e-sukan sebagai sukan rasmi berpingat. Namun begitu, mengikut laporan terkini, ia tidak lagi pasti sama ada ia akan ditambah masuk sebagai sukan rasmi.

Majlis Olimpik Asia(OCA) menyatakan bahawa e-sukan memerlukan sebuah badan berkuasa sebelum ia diiktiaraf sebagai sukan rasmi. Menurut ketua pengarah OCA, Husain Al-Musallam, pada ketika ini e-sukan dianjurkan oleh pelbagai entiti berbeza dan tidak mempunyai  badan khusus yang menetapkan dan mengawal standard permainan.

Baca Juga :   Sukan Asia 2018 Jakarta - Pelembang Dilaporkan Bakal Mempertandingkan 6 Judul Permainan E-sukan

Oleh yang demikian, penambahan e-sukan sebagai acara rasmi berpingat di Sukan Asia 2022 kini tidak lagi dapat dipastikan. E-sukan harus mempunyai sebuah badan yang mengawal standard permainan kerana ia adalah kunci untuk menjadikan e-sukan sebagai suukan rasmi ujar beliau lagi. Perjumpaan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dengan pemain dan orang penting e-sukan pada bulan Julai lalu juga tidak memberi kata putus terhadap nasib e-sukan di dalam dunia Olimpik. Menurut IOC, mereka pada ketika ini lebih memfokuskan kepada perbincangan antara kedua dua pihak dan kesefahaman antara watak utama yang terbabit di dalam industri e-sukan dan olimpik dan penambahan e-sukan sebagai acara Olimpik bukanlah fokus mereka pada ketika ini.

Sumber : Esports Observer

Leave a Comment

%d bloggers like this: