Dota 2 Valve

Sennheiser Bekerjasama Dengan Valve Lancar Dua Fon Kepala Khas Edisi Dota 2

2 tahun lalu

Sennheiser Bekerjasama Dengan Valve Lancar Dua Fon Kepala Khas Edisi Dota 2

Bersempena dengan kejohanan The International 2018 yang sedang berlangsung di Vancover, Kanada pada ketika ini, Sennheiser telah melancarkan dua fon kepala bertemakan permainan Dota 2.

Pelancaran ini adalah hasil kerjasama syarikat terbabit dengan pembangun permainan Dota 2 iaitu Valve. Dua set fon kepala tersebut adalah  GSP 600 Dota® 2 Edition dan  GSP 500 Dota® 2 Edition. Kedua dua fon kepala ini dilengkapi dengan mikrofon berkualiti tinggi terbina dengan sistem peredam bunyi.

Menurut Sennheiser, bunyi yang dihasilkan oleh fon kepala ini turut ditala khas bagi menghasilkan bunyi paling tepat dengan permainan yang sedang dimainkan. Ia juga direka dengan rekaan yang selesa dan bersesuaian dengan bentuk telinga. Namun begitu, pada ketika ini, tiada pengumuman rasmi mengenai sama ada ia akan dipasarkan di Malaysia atau tidak.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments