Dota 2

Jumlah Hadiah Kejohanan The International 2018 Kini Telah Atasi Jumlah Hadiah Tahun 2017 – Lebih 24 Juta USD

2 tahun lalu

Jumlah Hadiah Kejohanan The International 2018 Kini Telah Atasi Jumlah Hadiah Tahun 2017 – Lebih 24 Juta USD

Awal pagi esok, acara utama kejohanan The International 2018 akan bermula. 16 pasukan akan  bertarung bagi merebut piala Aegis of Champions dan hadiah terbesar di dunia bagi sebuah kejohanan e-sukan.

Hadiah tersebut kini sekali lagi telah memecahkan rekod tahun sebelumnya. Hadiah kejohanan The International 2017 yang memperoleh USD24,787,916 (~RM101,642,849) kini telah dilepasi dan masih meningkat naik. Ini juga memperlihatkan juara kejohanan sekali lagi akan membawa pulang lebih USD10,905,942 (~RM44,719,815).

Bagi anda yang tidak tahu, hadiah kejohanan The International merupakan yang terbesar bagi mana mana kejohanan e-sukan kerana ia dibiaya oleh para peminat Dota 2 itu sendiri. Para peminat boleh membeli battlepass dimana 25% hasil jualan akan dimasukkan ke jumlah hadiah kejohanan. Battlepass ini dilengkapi dengan misi, acara khas, kostum dan kosmetik khas menjadikan ia popular setiap tahun.

Sumber : Dota 2 Prize Tracker

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments