Steam.tv – Jawapan Steam Terhadap Twitch?

Discord baru baru ini telah mengumumkan pelancar permainan terbina di dalam klien mereka dan telah memulakan ujian untuk kedai permainan tersendiri mereka. Tindakan ini dilihat sebagai langkah mereka untuk mencabar Steam, platform permainan paling popular untuk pc pada ketika ini.

Dalam masa yang sama, Twitch, platform penstriman popular juga telah memperkenalkan sistem permesejan yang serupa dengan Discord dan Steam. Ketiga tiga pihak ini dilihat sedang berlawan sesama sendiri mahu menjadi pendahulu di dalam pasaran permainan pc.

Kini, Steam mara selangkah lagi dengan memperkenalkan Steam.tv, laman penstriman tersendiri mereka. Steam sebelum ini telah membenarkan pembangun untuk strim terus dari laman jualan permainan mereka. Dengan Steam.tv ini, mungkin mereka akan membenarkan sesiapa sahaja untuk strim permainan kelak serupa dengan laman Twitch.

Pada ketika ini, ia hanya memaparkan perlawanan dari kejohanan The International yang sedang berlangsung pada ketika ini. Cubaan penulis untuk mengakses Steam.tv bagaimanapun gagal dan hanya disambut dengan paparan putih sahaja. Menurut Cnet, ia mempunyai paparan yang hampir sama dengan Twitch dan mempunyai ruang bual tersendiri.

Baca Juga :   Sniper Ghost Warrior 3 Kini Hadir Ke Steam, PS4 dan Xbox One

Siaran ini pada ketika ini dilihat diambil dari siaran rasmi di laman Steam. Nantikan perkembangan dan pengumuman rasmi dari Steam kelak berkaitan dengan steam.tv ini dan servis yang bakal ia hadirkan kepada pengguna. 

Sumber : Cnet

Leave a Comment

%d bloggers like this: