Void Dan Rubick Adalah Finalis Undian Arcana The International 2018

Pusingan kumpulan kejohanan The International 2018 akan bermula pada 12 tengah malam ini dan seperti biasa, finalis bagi undian Arcana kini telah diketahui.

Rubick dan Void menewaskan lawan masing masing pada pusingan ke-14. Rubick memperoleh 16,601,741 undian menewaskan Spectre yang memperoleh 11,969,635 undian. Void pula menang tipis dengan 11,562,850 undian menewaskan Invoker yang memperoleh 10,429,043 undian.

Keputusan akhir agi menetukan pemilik Arcana seterusnya akan diadakan pada hari terkahir kejohanan The International 2018. Tahun lalu, Pudge memenangi undian Arcana menewaskan Rubick dengan majoriti 8,711 undian. Dengan ramai peminat menunjukkan sokongan terhadap Rubick, kemungkinan untuk ia kini memenangi Arcana adalah amat besar.

Baca Juga :   Newbee Tewaskan Vici Gaming - Juarai Kejohanan Minor Perfect World Masters

Bagi anda pemilik Battlepass, segera undi hero kegemaran anda dan tentukan pemilik Arcana seterusnya.

Leave a Comment

%d bloggers like this: