“12 Slot Jemputan Terus Untuk TI 2019, Henti Terima Tajaan Dari Laman Web Perjudian.” – Valve

Selepas tibanya ke semua pasukan yang bakal bertanding di kejohanan The International, Valve telah mengadakan mesyuarat bersama dengan mereka untuk mengumumkan beberapa perkara berkaitan dengan musim Dota 2 pr Circuit seterusnya dan The International 2019.

Antara perkara yang diumumkan adalah Dota 2 Pro Circuit musim 2018/2019 akan memberikan 12 slot jemputan terus ke kejohanan The International 2019 berbanding dengan 9 slot bagi kejohanan The International 2018. Baki 6 slot kemudiannya disediakan kepada setiap 6 pusingan kelayakan di rantau utama.

Pembahagian mata bagi setiap kejohanan Major dan Minor juga akan diubah. Bagi musim ini, pembahagian mata amat menyebelahi 4 pasukan terbaik menyebabkan pasukan lainnya tidak berpeluang memperoleh sebarang mata. Pembahagian mata yang lebih seimbang akan membant lebih banyak pasukan merebut peluang untuk memperoleh jemptan terus ke kejohanan TI9.

Bagi membantu pembangun kecerdasan buatan OpenAI, Valve jga trut meminta para pasukan untuk berlawan dengan mereka sepanjang mereka berada di Kanada ini. OpenAI baru sahaja menewaskan pasukan manusia pada minggu lalu dengan keputusan 2-0. Mereka juga dijangka akan berlawanan dengan pasukan pemain profesional di pentas The International kali ini.

Baca Juga :   BrayaNt dan AlaCrity- Meninggalkan Fire Dragoon

Akhir sekali, Valve turut menyentuh isu tajaan pasukan profesional oleh syarikat laman web pertaruhan/perjudian. Valve menasihatkan setiap pasukan agar berhenti menerima tajaan dari syarikat syarikat ini. Ini adalah seiring dengan tindakan Valve menamatkan akses  beberapa laman web perjudian CSGO pada tahun ini.

Namun begitu, memandangkan terdapat pasukan yang telah menandatangani perjanjian jangka panjang dengan laman web pertaruhan, Valve akan mengadakan perbincangan dengan lebih mendalam pada masa akan datang bagi mencari penyelesaian terbaik isu ini.

Sumber : VPesports

Leave a Comment