World Major League – Kejohanan AOV Dengan Hadiah Sebesar RM30,000 Disember Ini

Arena kompetitif permainan mudah alih amat meriah kebelakangan ini di negara kita. Pelbagai kejohanan diadakan saban minggu terutamanya bagi permainan Mobile Legends dan Arena of Valor. 

Kini sebuah lagi kejohanan bagi permainan Arena of Valor didedahkan akan berlangsung  pada penghujung tahun ini iaitu World Major League. Menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000, ia akan melibatkan 32 buah pasukan dari 5 buah negara.

Baca Juga :   Piala Dunia Arena of Valor Tawar Hadiah Keseluruhan Melebihi RM2 Juta

World Major League akan berlangsung pada 29 dan 30 Disember ini bertempat di Battle Arena, Jaya Shopping Center. Nantikan butiran lengkap mengenai kejohanan ini selepas ia dilancarkan secara rasmi kelak.

Sumber : Jomgaming

Leave a Comment