Musim Sulung Liga Clash Royale Tawar Hadiah Sebesar USD1 juta

Supercell baru baru ini telah mendedahkan bahawa liga profesional rasmi sulung bagi permainan yang dibangunkan mereka, Clash Royale akan bermula tidak lama lagi di seluruh dunia.

Meliputi lima rantau utama iaitu Eropah, Asia, Amerika Utara, Amerika Latin dan China, musim pertama ini akan menawarkan hadiah sebesar USD1,000,000 (~RM4,092,500). Antara organisasi e-sukan ternama yang bakal bertanding di liga ini adalah Fnatic, Cloud9, Team Liquid, SK Gaming dan 100 Thieves.

Baca Juga :   Clash Royale Memperkenalkan Kad Baharu - The Cannon Cart

Berikut merupakan tarikh bermulanya Clash Royale League (Musim Luruh) bagi setiap rantau:

  • Asia : 24 Ogos
  • China : 17 Ogos
  • Amerika Latin : 13 Ogos
  • Amerika Utara : 20 Ogos
  • Eropah : 21 Ogos

Leave a Comment

%d bloggers like this: