Team Anything Dan Kuala Lumpur Hunters Wakili Malaysia Di Kejohanan Globe Conquerors Manila (GCM) 2018

Acara utama kejohanan Globe Conquerors Manila (GCM) 2018 akan bermula tidak lama lagi dan kesemua lapan pasukan terakhir telah diketahui dan telah pun dibahagikan kepada dua kumpulan. Malaysia akan diwakili oleh pasukan Kuala Lumpur Hunters dan Team Anything bagi merebut peluang mewakili Asia Tenggara di kejohanan berprestij League of Legends Worlds Championship 2018.

Kejohanan yang menawarkan hadiah sebesar US$250,000 ini merupakan salah satu siri dibawah SEA Tour yang mengantikan Garena Premier League. Acara utama GCM 2018 akan berlangsung di Mall of Asia Arena, Manila melibatkan pasukan pasukan dari Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand dan Indonesia.

Baca Juga :   Maxlore Ganti KaKAO, Sertai Misfits

Berikut merupakan pembahagian kumpulan bagi acara tersebut:

Kumpulan A :

  • Mineski (PH)
  • Ascension Gaming (TH)
  • Resurgence (SG)
  • Team Anything (MY)

Kumpulan B :

  • Arkangel (PH)
  • Mega Esports (TH)
  • Bigetron Esports (ID)
  • Kuala Lumpur Hunter (MY)

Peringkat kumpulan akan disiarkan secara langsung di laman Youtube Garena Filipina.

Layari : conquerors.ph

Leave a Comment

%d bloggers like this: