Pendaftaran Pusingan Kelayakan Pertama AoV Valor Cup Musim Ke-3 Kini Dibuka – Peluang Layak Ke AoV International Championship (AIC)

Musim ketiga AOV Valor Cup akan tiba tidak lama lagi. Lewat malam semalam, Garena secara rasminya telah membuka pendaftaran pusingan kelayakan pertama bagi mereka yang berminat untuk mencari peluang mewakili pelayan Valiant ke kejohanan AoV International Championship (AIC).

Format kejohanan kali ini adalah sama dengan musim kedua dimana setiap negara di pelayan Valiant (MY/SG/PH) akan mengadakan pusingan kelayakan kebangsaan masing masing dan pemenang dari tiga negara ini kemudiannya akan bertarung untuk menjadi wakil Asia Tenggara di kejohanan AoV International Championship (AIC).

Baca Juga :   Arena of Valor Dilaporkan Bakal Menambah Mod Permainan Battle Royale

Pusingan Wildcard akan turut diadakan bagi menentukan slot terakhir di pusingan akhir musim ini. Berikut merupakan jadual memperlihatkan perjalanan musim ketiga ini serta hadiah yang dipertaruhkan. Setiap peserta juga akan menerima 250 baucar khas secara percuma.

Daftar : AOV Valor Cup Musim Ke-3

Leave a Comment

%d bloggers like this: