The International 2018 – Semua Pasukan Sah Terima Visa Untuk Bertanding

Seminggu sebelum bermulanya kejohanan The International 2018 bermula dan berita baik telah tiba. Kesemua peserta kejohanan e-sukan dengan hadiah terbesar itu kini sah telah memperoleh visa untuk bermain di Kanada.

An update on the International 2018 visas: All of the teams competing have secured their visas for Canada. 🙌 pic.twitter.com/malPsAaVoh

— Matthew Bailey (@Cyborgmatt) August 9, 2018

Perkara ini disahkan oleh Matthew “Cyborgmatt” Bailey dari Team Secret pada sebuah tweet awal pagi tadi. Isu gagal memperoleh visa bukanlah perkara baru bagi industri e-sukan kerana ia merupakan sebuah industri yang masih kurang diterima masyarakat umum terutamanya kepada golongan dewasa.

Baca Juga :   Dota 2 Memperkenalkan Dua Hero Baharu - Satu Daripadanya Kini Boleh Dimainkan

Beberapa pasukan dan pemain sebelum ini terpaksa melupakan hasrat mereka untuk bertanding apabila permohonan visa mereka ditolak. Peluang untuk bermain di peringkat tertinggi adalah amat berharga bagi mereka dan kesukaran menerima visa adalah mengecewakan.

Pihak kerajaan beberapa negara juga telah meningkatkan usaha mereka bagi membantu pemain di negara mereka terbang bertanding di peringkat antarabangsa mewakili negara.

Leave a Comment

%d bloggers like this: