Fnatic Umum Kejohanan Fortnite Tersendiri Mereka – Salty Summer

Fenomena Fortnite nampaknya tidak akan surut dalam masa terdekat ini apabila sebuah lagi pihak mengumumkan kejohanan mereka tersendiri kali ini daripada organisasi e-sukan ternama, Fnatic.

Sepertimana kejohanan Summer Skirmish oleh Epic Games dan Friday Fortnite oleh Keemstar, kejohanan anjuran Fnatic ini akan melibatkan pemain profesional dan juga penstrim video popular. Diberi nama Salty Summer, ia akan berlangsung selama dua minggu bermula pada 12 Ogos ini.

Baca Juga :   Tencent Sah Penerbit Rasmi Fortnite Di China - Bakal Melabur USD15 Juta Terhadap Aspek E-sukan Fornite Di China

Kejohanan ini akan dianjurkan di pelayan Eropah dan dilihat bakal menawarkan hadiah sebesar USD5,000. Para penonton juga berpeluang untuk menerima hadiah daripada Fnatic Gear. Maklumat lengkap mengenai kejohanan ini akan didedahkan dalam masa terdekat.

Layari : SaltySummer.gg

Leave a Comment

%d bloggers like this: