Edisi Kelapan MarsTV Dota 2 League Akan Dianjurkan Pada Bulan Februari 2019

Masih ada empat bulan sebelum tibanya tahun baharu namun ia tidak menghalang Mars Media bergerak pantas dengan mengumumkan tarikh penganjuran kejohanan MarsTV Dota 2 League 2019.

Edisi kelapan MDL ini akan diadakan di China pada bulan Februari 2019 bermula pada 20 Februari sehingga 24 Februari. Ia akan diadakan selepas tamatnya Festival Musim Luruh di China.

Tiada maklumat lengkap didedahkan pada ketika ini namun ura ura menyatakan bahawa kejohanan ini tidak akan dianjurkan di bawah siri Dota 2 Pro Circuit musim kedua dan akan sepenuhnya menjadi kejohanan pihak ketiga. Dengan melihat betapa pentingnya mata Dota 2 Pro Circuit pada edisi pertama ini, ia mungkin akan menyebabkan pasukan pasukan profesional memilih untuk tidak menyertainya.

Baca Juga :   Valve Perkenal Empat Pengedar Rasmi Cenderahati Dota 2 - Lantik E-Club Untuk Rantau Asia Tenggara

MDL Returns After Spring Festival.

We are pleased to announce that the eight edition of MDL will come back on February 20 to 24. Location and teams will be revealed at a later date. pic.twitter.com/v33RWjcPKJ

— Mars Media (@MarsMedia) August 6, 2018

Leave a Comment