OpenAI Five Tewaskan Pasukan Manusia Dibarisi Pemain Profesional Pada Perlawanan Tanda Aras

Awal pagi tadi telah berlangsungnya perlawanan tanda aras antara OpenAI Five menentang pasukan manusia yang dibarisi gabungan pemain profesional dan pengulas Dota 2 bagi menguji tahap kepintaran sistem kecerdasan buatan milik syarikat OpenAI.

Hampir setahun selepas perlawanan satu lawan satu diantara OpenAI dan pemain profesional di kejohanan The International 2017 lalu, sistem kecerdasan buatan yang dibangunkan ini telah semakin pintar dan kini mampu berlawan 5 lawan 5 dengan beberapa batas tertentu.

Bagi menguji sistem yang kini digelar sebagai OpenAI Five ini, lima orang pemain manusia telah dipilih iaitu Ioannis “Fogged” Loucas (pengulas), Austin “Capitalist” Walsh (pengulas), Ben “Merlini” Wu (bekas pemain profesional/pengulas), William “Blitz” Lee (bekas pemain profesional/pengulas) dan David “MoonMeander” Tan (pemain profesional).

Kelima lima pemain ini mewakili golongan pemain terbaik dari 99.95 peratusan pemain Dota 2 keseluruhannya.  Bagi OpenAI Five pula, sistem terbaru mereka kini menyokong fungsi draf namun mempunyai beberapa batasan seperti pilihan hero yang terhad kepada 18 sahaja, memerlukan 5 buah kurier dan masih tidak mampu memimik penggunaan tetikus dan papan kekunci memberikan mereka kelebihan ke-atas pemain manusia.

Namun begitu, bagi memberikan permainan yang lebih adil, OpenAI juga diberi batas masa reaksi sebanyak 200ms. Perlawanan tanda aras ini telah dilakukan dengan format terbaik dari tiga perlawanan. Ia berkesudahan dengan kemenangan menjadi milik pasukan OpenAI yang mempamerkan persembahan yang amat cemerlang memenanginya dengan keputusan 2-0. Di awal perlawanan selepas melakukan draf, OpenAI Five juga meramal kemenangan mereka untuk kedua dua perlawanan dengan peratusan melebihi 95%.

Baca Juga :   Battle Pass Bagi The International 2017 Diumumkan

Walaupun diberi batas 200ms masa reaksi, OpenAI Five masih memperlihatkan kecekapan yang amat menakjubkan dengan kerap kali memegun musuh dalam sekelip mata. Walaupun tewas kedua dua perlawanan pertama, perlawanan ketiga tetap diadakan tapi kali ini dengan para penonton memilih hero bagi pihak OpenAI Five.

Usai melakukan draf mengikut pilihan penonton, OpenAI meramalkan peratusan kemenangan mereka sebanyak 2.9%. Seperti yang diramalkan, pasukan manusia berjaya memenangi perlawanan tersebut. Walaupun masih mempunyai batas, sistem kecerdasan buatan OpenAI Five ini dilihat amat mengerunkan dan tidak mustahil dalam masa setahun lagi, ia mampu bermain tanpa sebarang batas untuk menewaskan pasukan manusia.

Leave a Comment

%d bloggers like this: