Kejohanan League of Legends Hyperplay 2018 Jadi Milik Kuala Lumpur Hunters

Festival muzik dan e-sukan, Hyperplay Singapore telah berlangsung dengan meriah pada hujung minggu yang lalu. Ia menyertakan persembahan dari artis popular dunia seperti Nick Jonas, Alessia Cara dan CL dan dari segi e-sukan pula mempertandingkan kejohanan League of Legends.

Kejohanan League of Legends Hyperplay 2018 mempertandingkan 10 pasukan dari serata Asia iaitu Team Brunei (Sigma), Team Cambodia (Revenge Team), Team Indonesia (Armored Project), Team Laos (Emperor), Team Malaysia (KL Hunters), Team Myanmar (Burmese Pythons), Team Philippines (Acclaim Empire X), Team Singapore (Sovereign), Team Thailand (Run Down Mid) dan Team Vietnam (Super Star Destroyers).

Baca Juga :   SKT T1 Terima Penalti Akibat Komen Bang Semasa Melakukan Strim

Kuala Lumpur Hunter muncul juara keseluruhan kejohanan itu selepas menewaskan pasukan Super Star Destroyer pada perlawanan akhir yang berlangsung semalam. Perlawanan akhir tersebut berkahir dengan keputusan bersih 2-0.

Leave a Comment

%d bloggers like this: