Siasatan Lanjut Mendapati Ada Pepijat Pada Ketiga-Tiga Immortal Treasure Dota 2

Semalam Steam Support dan pasukan pembangun Dota 2 menafikan terdapat pepijat pada Immortal Treasure III yang baru baru ini dilancarkan. Namun begitu, pagi ini, selepas melakukan siasatan yang lebih mendalam, pasukan pembangun Dota 2 mengesahkan wujdnya pepijat yang menyebabkan kesilapan pada kebarangkalian penerimaan item bagi ketiga tiga Immortal Tressure.

Menurut pengumuman yang dilakukan di berita Steam, selepas menerima maklumbalas daripada para pembeli tempoh hari, mereka telah melakukan siasatan dan mendapati tiada sebarang pepjiat mahupun kesilapan pada Immortal Treasre III. Namun para pembeli terus merungut dan hal ini menyebabkan para pembangun runsing dan mulai melakukan siasatan dengan lebih teliti dan mendalam.

Hasil siasatan ini mendapati ada pepijat pada ketiga tiga Immortal Treasure yang dilihat lebih banyak terjadi apabila seseorang itu menyahkunci item dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Oleh yang demikian, mereka telah mulai memperbaiki pepijat ini dan akan melakukan kiraan semula bagi ketiga tiga Immortal Treasure dan memberikan hadiah yang sebenar kepada semua. 

Baca Juga :   NaVi Pasukan Terakhir Dijemput Ke Epicenter

Setiap pemilik juga akan menerima 10 tahap(level) tambahan secara percuma sebagai pampasan. Dalam masa yang sama, hadiah bagi tahap 615 juga telah diubah selepas ramai merasakan ianya tidak setimpal. Tahap tersebut kini memberikan empat Immortal Treasure I, empat Immortal Treasure II, dan empat Immortal Treasure III.

Leave a Comment

%d bloggers like this: