Steam Support Nafi Ada Pepijat Atau Kesilapan Kebarangkalian Pada Immortal Treasure III

Immortal Treasure III untuk kejohanan The International 2018 telah dilancarkan dua hari lalu memberikan peluang kepada para pemilik battepass memiliki koleksi kosmetik serba baru untuk hero Dota 2 mereka.

Namun begitu, tidak lama selepas ia dilancarkan, beberapa post muncul di laman subreddit r/dota2 merungut mengenai kebarangkalian memperoleh kosmetik bertaraf ultra-rare yang amat rendah. Ini menyebabkan ramai pihak merasakan ada kesilapan mahupun pepijat pada kebarangkalian ini menyebabkan peratusan kejayaan yang lebih rendah daripada yang sepatutnya.

Baca Juga :   Team Secret Sah Jemputan Terus Ketiga Kejohanan The International 2018

Melalui maklumbalas oleh Steam Support, pihak mereka menafikan bahawa ada kesilapan mahupun pepijat pada Immrtal Treasure III ini. Steam Support menyatakan bahawa mereka telah bercakap dengan pasukan pembangun Dota 2 dan mengesahkan tiada sebarang kesilapan telah terjadi.

Sumber : r/dota2

Leave a Comment