Liga Overwatch Overwatch

Guangzhou Dan Atlanta Sah Menyertai Liga Overwatch Musim Kedua

2 tahun lalu

Guangzhou Dan Atlanta Sah Menyertai Liga Overwatch Musim Kedua

Tiga kota baharu diura urakan telah sah akan ditambah ke dalam musim kedua Liga Overwatch iaitu Paris, Guangzhou dan Atlanta. Menerusi pengumuman daripada Blizzard, Guangzhou dan Atlanta kini rasmi menyertai Liga Overwatch.

Pengumuman yang diadakan di laman web Liga Overwatch itu turut mengesahkan bahawa Atlanta dimiliki oleh Cox Enterprises manakala Guangzhou dimiliki oleh Nenking Group yang terkenal dengan pasukan Guangzhou Long Lions di dalam liga bola keranjang China.

Perincian seperti logo, nama dan senarai pemain bagi kedua dua pasukan akan diumumkan pada masa akan datang. Menurut laporan media sebelum ini, harga bagi slot tambahan musim kedua ini adalah berharga sekitar USD30 juta sehingga USD60 juta.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments