Valve Umum Artifact Akan Dilancarkan Pada 28 November Ini Pada Harga USD20 (~RM81)

Valve Umum Artifact Akan Dilancarkan Pada 28 November Ini Pada Harga USD20 (~RM81)

Permainan kad berasaskan Dota 2, Artifact kini telah mempunyai tarikh pelancaran rasmi iaitu pada 28 November kelak. Perkara ini didedahkan menerusi kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Valve.

Direka oleh Richard Garfield yang terkenal dengan permainan Magic The Gathering, permainan Artifact akan dilancarkan bagi tiga buah platform  secara serentak iaitu Windows, Mac dan Linux. Bagi versi Android dan iOS pula, sepertimana yang diumumkan sebelum ini, ia hanya akan tiba pada tahun 2019 kelak.

Artifact akan dijual pada harga USD20 (~RM81.30) dan akan hadir dengan 280 buah kad dan 44 watak hero. Artifact akan dipamerkan secara rasmi di acara  PAX West di Seattle pada 31 Ogos sehingga 3 September kelak. Di acara tersebut, pengunjung boleh mencuba sendiri permainan terbaru dari Valve ini.

Baca Juga :   Execration Tewaskan Ehome - Juarai The Major League Championed By Celcom 2017

Valve akan turut memberikan para pengunjung yang mencuba Artifact di acara tersebut kunci khas bagi menebus permainan ini secara percuma apabila ia dilancarkan kelak. Para pengunjung juga boleh memperoleh saguhati bertemakan Artifact di acara tersebut.

Sumber : Reddit (u/Wykrhm)

Leave a Comment