Vainglory

Vainglory Dianggarkan Memperoleh Keuntungan Hayat Melepasi Angka RM200 Juta

2 tahun lalu

Vainglory Dianggarkan Memperoleh Keuntungan Hayat Melepasi Angka RM200 Juta

Permainan Moba mudah alih popular, Vainglory baru baru ini memperkenalkan ujian alpha bagi platform PC dan Mac bagi memulakan usaha mereka untuk menjadi permainan dengan sokongan rentas platform.

Dilancarkan pada tahun 2014, permainan itu terkenal dengan grafik yang berkualiti tinggi dan kini dilaporkan telah membawa keuntungan sebesar RM202 juta (USD50 Juta) kepada pembangunnya iaitu Super Evil Megacorp. Anggaran ini adalah daripada Sensor Tower, sebuah syarikat analitik memfokuskan kepada aplikasi mudah alih.

Menurut Sensor Tower, nilai ini meliputi kedua dua platform iOS dan Android dengan 64% daripadanya adalah hasil pembelian item dalam permainan di App Store. Amerika Syarikat menjadi penyumbang utama dengan membekalkan sekitar RM64 juta daripada nilai keseluruhan keuntungan mereka itu.

Laporan ini juga menunjukkan bahawa permainan itu kini berada di tangga ketiga paling berjaya di dalam genre Moba mudah alih dibelakangan permainan Arena of Valor(Honor of Kings) dan Mobile Legends Bang Bang.

Sumber : Gamasutra / Sensor Tower

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments