Riot Games Umum Tarikh Dan Lokasi Bagi Setiap Peringkat Untuk World Championship 2018

League of Legends World Championship 2018 akan berlangsung di Korea  dan kini Riot Games telah mengumumkan tarikh dan lokasi bagi setiap peringkat bagi kejohanan terbesar musim kompetitif permainan itu.

Berikut merupakan tarikh dan lokasi bagi setiap peringkat:

  • Peringkat Play-In: Seoul, 1-4, 6-7 Oktober
  • Peringkat Kumpulan: Busan, 10-17 Oktober
  • Suku Akhir: Busan, 20-21 Oktober
  • Separuh Akhir: Gwangju, 27-28 Oktober
  • Final: Incheon, 3 November
Baca Juga :   Selangor Cyber Games 2017 Diumumkan Secara Rasmi

Riot Games juga mengeluarkan permohonan maaf kerana kelewatan mereka mengumumkan lokasi lokasi ini kepada para peminat. Mereka turut berjanji untuk memperbaiki proses pemilihan lokasi ini  termasuk dengan memperkenalkan perancangan bagi berbilang tahun sekaligus untuk edisi akan datang.

Sumber : Inven Global

Leave a Comment

%d bloggers like this: