Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor Mahu Wujud Pusat E-sukan Di UTC?

Negeri Selangor sudah sedia kaya dengan pelbagai aktiviti dan acara e-sukan. Kerajaan negeri Selangor juga aktif terlibat dengan bekerjasama menganjurkan acara e-sukan seperti Selangor Cyber Games.

Menerusi iklan tender yang dipaparkan oleh Esports Malaysia (ESM), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dilihat bakal menyediakan pusat e-sukan mini di Y-Centre, UTC Selangor. Iklan tender tersebut mencari pembekal dan peneyelengara peralatan e-sukan bagi kegunaan di pusat e-sukan tersebut.

Baca Juga :   NIVEA MEN Hadir Dengan Kejohanan E-sukan Tersendiri - e-MYpadang Championship

Walaubagaimanapun, tiada maklumat lanjut didedahkan pada ketika ini mengenai pusat e-sukan tersebut. Apa apa pun, usaha kerajaan negeri menyediakan kemudahan kepada masyarakat umum ini amatlah dialu alukan terutamanya dengan kehangatan industri e-sukan sejak kebelakangan ini.

Leave a Comment

%d bloggers like this: