Vainglory Mengumumkan Ujian Alpha Untuk Platform Windows Dan Mac

Vainglory sebelum ini telah sedia menyokong penggunaan papan kekunci dan tetikus melalui Samsung Dex membolehkan ia dimain seperti permainan komputer.

Maju selangkah kehadapan, SEMC hari ini mengumumkan sokongan terhadap plaform Windows dan Mac bermula dengan ujian Alpha. Vainglory untuk Windows dan Mac ini masih menggunakan enjin permainan yang sama dengan versi mudah alih iaitu EVIL Engine yang dibina oleh SEMC.

Baca Juga :   Bekas Pengarah Pasukan Secret, Kemal Sadikoglu Umum Organisasi Esukan Baru - Dynasty Gaming

Ujian Alpha ini terbuka kepada semua dan bagi anda yang berminat tuntuk mencubanya boleh memuat-turun di laman web rasmi rentas platform Vainglory. Walaupun ujian alpha ini hanya menyokong input kekunci dan tetikus, SEMC mengesahkan bahawa pada masa akan datang, versi komputer ini akan turut sama menyokong input sentuhan sepertimana versi Vainglory mudah alih.

Layari : vainglorygame.com/crossplatform/

Leave a Comment

%d bloggers like this: