Esukan

Perak Akan Menganjurkan Kejohanan E-sukan Bertaraf Kebangsaan Pada Tahun 2019

2 tahun lalu

Perak Akan Menganjurkan Kejohanan E-sukan Bertaraf Kebangsaan Pada Tahun 2019

Berita baik untuk peminat e-sukan tempatan apabila sebuah lagi kejohanan e-sukan bertaraf kebangsaan akan dianjurkan pada tahun hadapan kali ini di negeri Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Sukan Dan Belia Negeri Perak, Lee Chuan How berkata bahawa acara tersebut akan dianjurkan sebagai platform kepada peminat e-sukan tempatan untuk menunjukkan bakat mereka.

Beliau turut mendedahkan bahawa beliau telah berbincang dengan organisasi dan pemain e-sukan bagi memahami masalah dan penyelesaian yang diperlukan mereka. Menurut beliau lagi, bagi acara tersebut, mereka sudah mempunyai perkakasan dan lokasi dan kini hanya memerlukan peruntukan untuk menganjurkannya.

Sumber : Malaymail, Bernama 

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments