Pasukan Korea Juarai Kejohanan Piala Dunia Arena of Valor 2018

Edisi pertama Arena of Valor World Cup 2018 telah berlangsung di Los Angeles memperlihatkan 12 pasukan terbaik dunia bertarung merebut hadiah keseluruhan berjumlah USD550,000.

Kejohanan ini berakhir dengan kemenangan menjadi milik pasukan Korea yang menewaskan pasukan Thailand di perlawanan akhir. Perlawanan akhir yang diadakan dengan format terbaik dari 7 perlawanan itu tamat dengan keputusan sengit 4-3.

Baca Juga :   KT BN Youth E-Sport Cup 2018 Tawar Hadiah Sebesar RM30,000 Bagi Permainan AOV

Sebagai juara, pasukan Korea membawa pulang hadiah sebesar USD200,000 manakala pasukan Thailand menerima hadiah sebesar USD100,000.

Arena of Valor World Cup merupakan kejohanan e-sukan mudah alih dengan hadiah terbesar selepas mengatasi rekod jumlah USD500,000 yang turut sama ditawarkan oleh AoV pada kejohanan AoV International Championship di AIC 2017.

Leave a Comment

%d bloggers like this: