Mobile Legends

Kontroversi AirAsia Saiyan Di MSC 2018 – Moonton Keluar Pemohonan Maaf Rasmi

2 tahun lalu

Kontroversi AirAsia Saiyan Di MSC 2018 – Moonton Keluar Pemohonan Maaf Rasmi

Moonton hari ini telah mengelarkan kenyataan rasmi mereka mengenai kontroversi penarikan diri pasukan AirAsia Saiyan di kejohanan Mobile Legends SEA Championship.

Menurut kenyataan yang dikelarkan di laman rasmi Mobile Legends Malaysia, Moonton mengakui segala maklumat yang dikeluarkan oleh AirAsia Saiyan adalah benar dan mengakui kesilapan mereka dan pihak penganjur dalam membekalkan perturan yang sama kepada semua pasukan.

Moonton juga memaklumkan bahawa mereka memahami tindakan pasukan Airasia Saiyan mengambil keputusan untuk menarik diri dari kejohanan itu. Akhir sekali, Moonton turut meminta maaf kepada kesemua pihak yang terlibat terutamanya pihak AirAsia Saiyan yang aktif menyertai arena kompetitif MLBB selama ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments