London Spitfire Muncul Juara Sulung Liga Overwatch

Kejuaraan sulung Liga Overwatch menjadi milik pasukan London Spitfire yang menunjukkan aksi garang pada perlawanan akhir liga tersebut. Bertempat di Barclays Arena, London Spitfire mara ke perlawanan akhir bertemu dengan pasukan Philadelphia Fusion.

Bermula dengan kemenangan 3-1 pada hari pertama, London Spitfire yang dimiliki oleh organisasi e-sukan, Cloud9 itu meneruskan prestasi cemerlang mereka di hari kedua dengan memenangi ketiga tiga peta yang dimainkan. Sebagai juara keseluruhan, mereka membawa pulang hadiah pusingan playoff bernilai USD1,000,000.Pasukan Philadelphia Fusion pula sekadar berpuas hati di tempat kedua dengan hadiah sebesar USD400,000.

Baca Juga :   Undian Bagi Anugerah Pemain Terbaik Liga Overwatch Untuk Musim Ini Kini Dibuka

Pemain DPS bagi pasukan London Spitfire, Joon-yeong “Profit” Park juga dianugerahkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir tersebut dihadapan kira kira 11,000 peminat yang memenuhi arena di kota New York itu.

  • Jae-Hui “Gesture” Hong
  • Ji-Hyeok “birdring” Kim
  • Seung-Tae “Bdosin” Choi
  • Jong-Seok “NUS” Kim
  • Jun-Ho “Fury” Kim
  • Jun-Young “Profit” Park
  • Won-Sik “Closer” Jung

Leave a Comment