Dua Skin Lagenda Diperkenalkan Bersempena Dengan Minggu All-Star Overwatch Akan Datang

Walaupun perlawanan akhir Liga Overwatch telah berlangsung dan juara pertama telah diketahui, musim sulung Liga Overwatch masih belum tamat dengan acara All-Star Weekend akan diadakan penghujung bulan Ogos kelak.

Bagi meraikan acara tersebut, pada hari kedua perlawanan akhir Liga Overwatch, Blizzard telah memperkenalkan dua buah skin lagenda baharu untuk Tracer dan Genji. Kedua dua skin baharu ini akan mewakili pasukan yang akan bertanding pada acara tersebut iaitu skuad Atlantik dan skuad Pasifik.

Skin genji yang bertemakan api akan mewakili skuad Pasifik manakala skin Tracer yang bertemakan ais akan mewakili pasukan Atlantik. Senarai pemain bagi kedua dua pasukan sudah pun diumumkan dua minggu yang lalu memperlihatkan nama nama besar liga tersebut dijemput berlawan sesama sendiri.

Baca Juga :   Overwatch Contenders - Jalan Menuju Dunia Profesional Overwatch

Perlawanan All-Stars bagi Liga Overwatch akan berlangsung pada 25 dan 26 Ogos ini bertempat di Blizzard Arena, Los Angeles dan akan disiarkan secara langsung di laman Twitch, OverwatchLeague.com, aplikasi Overwatch League dan di laman dan aplikasi MLG.

Leave a Comment