Atlanta, Paris dan Guangzhou Dilaporkan Sah Akan Menyertai Liga Overwatch Musim Kedua

Ura-ura mengenai penambahan kota baharu bagi Liga Overwatch telah lama kedengaran dan kini, tiga kota dikhabarkan telah sah akan ditambah pada Liga Overwatch musim kedua.

Ketiga tiga kota tersebut adalah Atlanta, Paris, dan Guangzhou. Walaupun ketiga tiga kota ini telah bersetuju untuk ditambah masuk, namun hanya Atlanta yang dikhabarkan telah menandatangai perjanjian rasmi dengan Blizzard.

Slot francais bagi Atlanta dikhabarkan dibiayai oleh konglomerat kewangan berpengkalan di Georgia,USA iaitu Cox Enterprise. Bagi kota Paris dan Guangzhou, dua buah syarikat masih lagi di dalam perbincangan dengan Blizzard iaitu McCourt Global dan Nenking Group, menurut laporan ESPN.

Baca Juga :   Liga Overwatch Musim Ke-2 Akan Mulai Mengadakan Perlawanan Di Arena Tersendiri Pasukan

Slot francais tambahan bagi musim kedua ini dikhabarkan bernilai antara USD30 juta sehingga USD60 juta berbanding dengan musim sulung yang bernilai sekitar USD20 juta.

Leave a Comment