PUBG

“PUBG Masih Belum Bersedia Untuk E-sukan” – PlayerUnknown

3 tahun lalu

“PUBG Masih Belum Bersedia Untuk E-sukan” – PlayerUnknown

Dengan masalah pengodam yang berleluasa sehingga menyebabkan ia kehilangan pemain, masalah prestasi  permainan yang tidak memuaskan, PUBG terus menerima kritikan ramai.

Pada ketika ini, PUBG Global Invitational (PGI) sedang berlangsung dengan meriah di Berlin, Jerman. Menurut temuramah PCGamesN bersama pencipta permainan itu, Brendan “PlayerUnknown” Greene, beliau sekali lagi mwnegaskan bahawa permainan itu masih lagi belum bersedia untuk menjadi judul e-sukan utama.

Menurut Greene, tahun 2018 ini mereka fokus untuk menjadikannya sedia sebagai permainan e-sukan. PUBG mahu platform mereka stabil dan setiap pepijat kecil dihapuskan. Mereka juga mahu pengalaman bermain yang baik kepada pemain.

Baca Juga :   Bluehole Nafi Tencent Telah Melakukan Pelaburan Pada Syarikat Mereka

Oleh kerana genre battle royale tidak pernah dilakukan di dalam arena e-sukan, ia amat mencabar namun PUBG kekal komited mereka mampu melakukannya.PGI 2018 ini sendiri merupakan lapang ujian bagi mereka mengkaji tentang format perlawanan dan format siaran terbaik bagi permainan tersebut.

Sumber : PCGamesN

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments