DJ Khaled Akan Melakukan Persembahan Khas Di Perlawanan Akhir Liga Overwatch

Perlawanan akhir Liga Overwatch akan berlansung pada hari Sabtu ini diantara pasukan Philadelphia Fusion menentang London Spitfire.

Bagi menyambutnya, Blizzard kini telah mengumumkan bahawa artis popular, DJ Khaled akan melakukan persembahan khas di acara akhir tersebut. DJ Khaled dilaporkan akan melakukan persembahan pada hari kedua acara tersebt iaitu Ahad sebelum berlansungnya dua perlawanan terkahir Liga Overwatch untuk musim ini.

Selain daripada muzik, acara yang bakal berlangsng di Barclays Arena ini juga akan dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti lainnya seperti stesen membuat poster, gerai lukisan muka, photobooth, cosplayer dan pelbagai hadiah khas untuk pengunjung.

Perlawanan akhir Liga Overwatch ini akan disiarkan secara langsung menerusi laman Twitch dan juga saluran ESPN, ESPN2 dan Disney XD di Amerika Syarikat. Untuk acara hari Sabtu, perlawanan akan bermula pada jam 7 pagi waktu Malaysia manakala hari terakhir iaitu Ahad, ia akan bermula pada 4 pagi.

Sumber : Dot Esports

Leave a Comment