Twitter Tambah Tagar Beremoji Khas Untuk Organisasi Dan Pasukan E-sukan

Twitter dilihat hari ini telah menambah beberapa tagar beremoji (hashflag) bagi organisasi organisasi e-sukan ternama dunia. Walaupun masih lagi tiada senarai lengkap didedahkan pada ketika ini, para peminat kini boleh menggunakan beberapa tagar khas bagi menunjukkan sekongan terhadap pasukan kegemaran masing masing.

Antara pasukan yang telah memiliki tagar beremoji ini adalah TSM, NRG Quest, 100 Thieves, Cloud9, Dallas Fuel, FaZe Clan, OpTic Gaming dan Team Liquid. Menurut Rod “Slasher” Breslau, konsultan e-sukan ternama, penambahan ini adalah bagi menunjukkan usaha Twitter mempromosi e-sukan di dalam platfrom mereka.

Baca Juga :   Selepas Orange Esports Cafe, Cove Esports Hub Turut Menawarkan Masa Bermain Percuma Kepada Pengundi

Menurut beliau juga, tagar beremoji ini tidak terikat pada mana mana e-sukan spesifik seperti Fortnite mahupun League of Legends dan sebagainya.

Twitter has added emojis to several esports teams. From what I’ve been told this isn’t tied to any specific game, but is Twitter working to promote esports more on the platform.#Greenwall#FaZeUp #TSM#C9WIN #100T#LETSGOLIQUID #TeamEnvy#NRGFam

— Rod Breslau (@Slasher) July 25, 2018

Leave a Comment